Cetusan layar

Sms dalam fon bila dibelek-belek. Rasa sayang nak buang. Jadi apalah salah, abadikannya di sini. Sehingga esok bila Khadijah Istisyhad dah besar dan mewarisi kerja-kerja ini, menjulang Islam dengan tinggi. Sampai waktu itu, saya berikan dia baca post ni. :)

-Akak, apa perasaan akak sekarang ni?

-Alhamdulillah, tipulah kalau tak berdebar. Da'ie soleh pun berdebar, tak sabar nak jumpa mak ayah dia. :D nti sihat?

-Alhamdulillah, luar biasa sihat. :)

-Maaflah, jarang call anti borak-borak macam dulu. InshaAllah, kalu berkesempatan jumpa, kita borak panjang ya. Uhibbuki fillah. "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal"

Waktu pun berputar. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu.

-Slm, Alhamdulillah, mujahidah solehah telah selamat dilahirkan khamis, 10.18 mlm, 3.11 kg. Doakan moga menjadi anak solehah+daie muslehah.

-Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar ! Ameen ya Allah. InshaAllah, sampaikan ruh cinta+sayang ana untuk srikandi kecil kita.

Selang beberapa minggu lagi.

-Sudah pandai apa Khadijah Istisyhad kita?

-Pandailah tanya umi dia semua2. nampak ni tanya, nampak tu tanya.

-Istimewanya perasaan itu.

-Ukhti, itulah istimewanya seorang akhawat, Allah pilih kita untuk ada sifat-sifat kesabaran, ketenangan dan kebijaksanaan.

-ok, saya dah sgt sebak rindu kak Jee.


/* Angin rindu memang tak akan pernah puas. */

-Ukhti, kerja2 dakwah ni memang besar dan ada yang besar lagi. Esok2 nanti, zaman akan mula mencorakkan perubahan dengan sendirinya.Bersyukurlah masih dipilih oleh Allah untuk terus bermujahadah

-InsyaAllah kak jee. InsyaAllah

-Doa2kan, Khadijah Istisyhad menjadi orang kuat bila tiba saat itu nanti.

-hmm..Khadijah mesti jadi orang kuat punya :D

- =) ameen.

/* Susahnya nak berteka-teki apa yang Allah susun di hadapan. Azam, tekad, istiqomah yang terpasak mencerucuk ke jiwa, akan jadi bekal tenaga untuk terus bergerak meninggikan kalimah Allah. Alhamdulillah, ramainya orang bekerja! insyaAllah, yakin pasti Allah satukan pada waktu yang dirasakannya layak. Allahuakbar, thabatkanlah hati, diri dan keyakinan ini. Bila air mata taubat makin mengering dari mengalir, resahkanlah hati ini ya Allah. Luluhkan jiwa ini untuk selalu sedar realitinya ia sangat faqir ya Allah. Tajamkan duriku, tinggikan tajarrudku, semoga agamaku terpelihara ya Allah. Menjelang 10 zulhijjah, saya menginjak umur 20. Terlalu banyak azam yang tersemat.

Luka ummat yang bagi saya pahit, biarlah kepada Allah saya adukan. Yakinilah ini sunnahnya, sunnahnya, sunnahnya. Setiap kali patah hati, tertanya balik pada diri "Adakah dengan cara ini aku bersyukur ? "

T_T ya Allah.. ya Allah.. ya Allah..

ya Allah, limpahkanlah untuk kami kekuatan yang berganda, ukhuwah islamiyyah yang tiada tolok bandingnya.

Yakinilah sampai satu masa yang Allah rasakan layak untuk ummat ini berkumpul pada titik yang satu..kerana aku menyayangi semua saudara seislamku, saudara atas jalan perjuangan ini.

KUAT YEAH! */

-Kak jee, apa kekuatan kak jee tak pakai mekap masa hari besar?

-Don't you fear Allah?

-Allahuakbar~ T_T


/* Masa pun taat pada Allah, meneruskan putarannya. Syaitan itu licik (baca: amat amat amat licik). Mudah saja menyedapkan hati manusia beriman berilmu malah beramal kerana tak seorang pun yang sunyi dari syaitan. Allah tempat pergantungan. Allah tempat meminta pertolongan. Allah tempat perlindungan. Kenali Allah selalu, walaupun dalam bi'ah yang tak menyemarakkan pun 'rasa' itu. Biarpun nampak tak apa, selagi takut Allah, memang hati tak nak punya. Ingat Allah ingat Allah. */

Sungguh2 selalu. settle for nothing less.
bersedia untuk masuk 20..Allahuakbar !




No comments:

Post a Comment