Tanahnya gembur


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji untuk-Nya, yang menciptakan ketaatan dan ketundukan kepada-Nya berdasarkan rasa iman yang wujud hanya dari-Nya, yang menggerakkan jiwa kepada pelbagai bentuk kesempurnaan, dari kekuatan kepada perbuatan sebagai penghamparan untuk meraih tujuan. Allahuakbar~ 

Dengan rasa bertuhan, ada rasa rindu yang mendalam untuk orang yang diikuti. Meskipun tak pernah melihat wajahnya, dialah hamparan kecintaan dan sayugia kerinduan. Yang mana tidak ada jalan lain yang dibukakan syurga kecuali jalan baginda Muhammad s.a.w. Sungguh tempias rindu ini semogakan terbalas dengan syafaatnya. Ameen ya Allah.

MasyaAllah, bersyukurnya Allah menggerakkan hati dan jari-jemari untuk meneruskan penulisan. Saat ini, hari-hari yang dilalui semakin menyuntik rasa 'sedar' siapa diri, betapa masih memerlukan proses penambah-baikan, betapa sangat memerlukan pengawasan dan penjagaan Tuhan. Bagaikan darah yang dialurkan ke seluruh tubuh untuk menyempurnakan proses kehidupan insan-insan. Ia harus diteruskan dan jika dihentikan maka terhentilah kehidupan.

"Trust me, the purification of the soul is an ongoing process which will never end "    -nadhirah, Hira' SA-

Maka teruslah istiqomah untuk tetap membersihkan hati, jiwa dan nurani.

Berita yang Membahagiakan

Suatu sudut di waktu petang, saya terima sms daripada teman yang memberitakan khabar dirinya akan bertunang.

-Ewah kamu, tahniah. Alhamdulillah. Izinkan ana tanya, dah ada tarikh aqad ke ? Huhu.
-Cadangannya asap tapi masih dalam diskusi. Nak buat secara mengejut boleh ? Mohon doanya.
-MasyaAllah, ukhti. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan permudahkan jalan. Menanti dakwah kamu yang lebih kencang. :)

Hati berbunga, turut terasa syukur dan bahagia dengan urusan separuh agamanya. MasyaAllah, betapa Allah menyusun semuanya dengan sempurna. Sejak dari sms tempohari saya tak sempat untuk membalas smsnya yang menyusul. Memang jiwa rasa bersalah, melihatkan dia dah tersibuk dengan urusan hari besarnya. Sedangkan saya tak banyak membantunya apalagi bila dimintanya. Bila tengah menempuh sem, saya menjadi lemah untuk mengurus kesibukan. Hanya mampu fowardkan kepada seorang lagi ukhti, yang sudah melalui. Bila menghubungi ukht itu, tiba-tiba teringat saya masih tak menziarahinya sejak dia bersalin anak sulungnya. Ya Allah, memang terasa masa itu lebih cepat putarannya berbanding amal-amal yang harus dilaksanakan.

Akhirnya hanya doa yang mewakilkan ingatan. MAAF untuk antunna berdua, akhawati fillah.

Pekerjaan yang paling utama

Minggu ini, hati dipujuk untuk bersabar kerana banyak menghabiskan masa untuk menyiapkan assignment, group project dan coding-coding yang semakin hari semakin bertambah rumit.

Alhamdulillah, di hujung minggu, dikurniakan rezeki untuk membina manusia sambil bermain bola jaring.

Membina manusia. Saya sedar urusannya amat mendalam, amanahnya sungguh berat, kesannya pada seluruh ummat. MasyaAllah, itulah, urusan pentarbiyyahan. Pentarbiyyahan yang selama ini menjadi punca aqal berfungsi , jasad bekerja, karakter dibina dan iman bergelora sebagaimana yang dituntut oleh perjuangan.

Mengingatkan adik-adik di sekolah-sekolah musleh, sahabat sealumni dan akhawat setarbiyyah. Bila mengamati peribadi mereka, yakni peribadi yang telah digemburkan dengan tarbiyyah, dengan mereka, urusan susah menjadi senang, fikiran yang berat menjadi ringan, jiwa yang kering menjadi basah, tidur yang sikit menjadi nyenyak, saat yang sekejap menjadi bermakna. Mereka menjadi lahad 'penyejuk hati'.

Ibaratnya tanah digembur, menjadikan seseorang itu bersedia untuk menghidupkan benih-benih yang dicampak menjadi tumbuhan. Tarbiyyah yang selama ini membentuk karakter adalah untuk menyediakan lapangan yang baik untuk lahirnya generasi yang dinanti dan generasi yang dirindui.


Kerinduan

" Kamu. Ana nak jujur ni, ana sangat sangat cemburu. "

" Nape pulak ni? Cemburu dengan siapa ni ?"

" Ana cemburu dengan orang di depan ana ni "

" macam-macam "

" yelah. Al-qur'an dalam kepala. Kerja dakwah tetap rancak walaupun tengah SPM. Ana sangat cemburu dengan anti "

" Izyana. Awak tak baik buat kita macam ni "

" Ana buat apa?"

" puji kita. "

" huaa. Okay tak puji. "

" Izyana, bila nak hafal qur'an ?"

" T_T tekad tu ada. InsyaAllah, habis degree nak buat diploma tahfiz di kuis "

" mana boleh. Awak kena sambung master. Setahun je kot "

" Tak nak. Dakwah ni perlukan Al-Qur'an 24/7 "

" Awak hafal lah bermula sekarang. Dan habis 3 tahun degree, selesai satu qur'an.
InsyaAllah azam yang tinggi akan Allah bantu "

" Azam ana selalu pancit. Macamana? "

" Izyana, man jadda wajada. Cuba dulu baru tahu. "

Tiada apa yang saya nak ulaskan yang ada hanya harapan, pembaca yang ada tips-tips hafal qur'an secara sendiri atau Juga tips-tips menjaga surah-surah hafazan yang sudah dihafal, sudilah kongsikan untuk dimanfaatkan insyaAllah.

Menguruskan amal

Hanya Allah tahu kepada siapa hati ini cenderung untuk merasakan kagum, cemburu dan rasa nak belajar. Ada ramai sebenarnya.. :) Tapi perasaan itu tak akan membawa saya ke mana pun andailah tidak disusuli pula dengan mencontohi individu-individu tersebut. Dan bukanlah amal islami, apabila kita terlalu mengagungkan sebuah peribadi. Lebih bagus semuanya disandarkan kepada kehebatan dan keagungan Allah s.w.t yang menjadikan, yang mengizinkan dan yang memberikan segala sumber dan kekuatan.

Menguruskan amal dakwah sekolah, dan kampus ibarat Calculus. Dalam calculus, ada pernyataan masalah. Setiap permasalahan ada formula yang diguna-pakai, sebagai proses penyelasaian masalah. Tak semua equation menggunakan formula yang sama. Adapun yang menggunakan dua tiga formula, bahkan ada yang cukup dengan satu formula.

Anggaplah menguruskan amal, seperti sebuah equation. Apabila bekerja, umpamanya kita merungkai equation yang diberikan. Janganlah mengeluh, dan jangan sekali-kali putus asa. Teruskan menyelesaikan mathematical problems yang diberikan.

Menguruskan diri

Jujurlah dengan dakwah.

Mengingatkan segala bentuk nasihat, peringatan dan kata-kata yang telah terbit dari mulut ini. Adakah ia dapat didengari oleh tuannya sendiri ?

Ibarat tanah yang telah digembur. Setelah sekian masanya, ia akan kembali mengeras, ruang-ruang udara akan kembali tertutup. Dan susahlah  untuk menumbuhkan benih-benih yang ditaburkan padanya. Gemburkan semula tanah untuk sentiasa maintain. Tamsilannya untuk sentiasa remuk-redamkan diri di hadapan Tuhan supaya hati menjadi lunak untuk sentiasa merendah diri. Hubungkan hati dengan Pencipta.

Jangan merasa bangga ada ramai pengikut dalam masa yang sekejap, bahkan tertipu dengan amal-amal yang dah kita laksanakan.

Mengingatkan peristiwa kemenangan pembukaan kota Mekkah. Allah menurunkan surah an-nashr. Saya masih ingat ketika didaurahkan tentang surah an-nashr. Dipendekkan:

" ketika ummat Islam membuka kota Mekkah, tidak wujud pertumpahan darah, Rasulullah  telah mengarahkan tentera Islam memasuki Kota Mekah melalui 4 penjuru, para sahabat masuk dengan aman kecuali sayap yang diketuai khalid al-walid berlaku sedikit kekecohan. Semua berhala di sekeliling Kaabah dimusnahkan. Rasulullah menguasai seluruh bandar metropolitan Mekkah. "

" Bilal melaungkan azan, penduduk Mekkah takut dan merasakan akan dibunuh tapi Rasulullah tidak membunuh mereka bahkan mengajak mereka kepada Islam. Kesan dari itu, penduduk Mekkah mentauhidkan Allah dan menerima Islam secara ramai-ramai. Pengikut Rasulullah bertambah lipat kali ganda.

" Di saat kemenangan berada di pundak umat Islam, Allah menurunkan an-nasr untuk santapan Rasulullah dan para sahabat. " { if you thought of getting the tafsir now, you could really do that.. :) }

Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya.

Diceritakan melalui surah ini, kemenangan adalah datang daripada Allah, dengan izin Allah, dengan segala bentuk bantuan dariNya. Di saat, kita merasakan ada banyak amal dan pengikut, rasakanlah itu adalah kekuatan hanya dari Allah, bertasbihlah dengan memuji-Nya dan mohonlah ampunan kepadaNya kerana telah merasakan kita hebat bekerja dan hebat mengumpul mad'u hinga berjaya mendapat sesuatu yang hebat. Sedangkan ia hanya dari Allah.

Gemburkan tanah.
Hidupkan satu ummah.
Marilah berpimpinan tangan membawa manusia kepada Allah.


Study room
Uniten
10.32 am
12 December 2011

No comments:

Post a Comment