
BAYANGKAN
Hari-hari tua adalah fasa kehidupan yang tak semeriah dulu lagi. Orang-orang tua, mereka ini manusia yang dah melalui banyak asam garam kehidupan, kini melalui hari-hari nyanyuk, sakit-sakit dan lain-lain. Memang HEBAT, siapa yang menjaga orang-orang tua di rumah orang tua. Saya banyak kena berguru dengan mereka.
"Kami nak balik kampung cuti deep ni. Ikut tak ?" Abah sms pagi-pagi lagi.
Uish. Hati merengus, berperang dengan lintasan-lintasan syaitan yang laju menembak. Jujurnya, perasaan ini tak muncul dulu. Izyana, pujuklah hati !
Akhirnya saya paksa hati yang lompong-lompong ni untuk diam. Jangan banyak komen.
"Ok, sekarang ye abah?" balasku dengan hati yang masih membujuk keikhlasan.
"Just be ready" balas abah.
Barang-barang yang penting, saya kemaskan masuk ke dalam beg. Mata tertumpu pada lecture notes.
"hmm.. insyaAllah lain kali ada" desis hati.
Sampai di kampung, saya menjadi sayu , adakah patut saya berasa terbeban sebentar tadi?
Baru-baru ni nenek saya demam-demam, sakit perut dan hilang selera makan. Saya wakilkan diri untuk menjaganya pada hujung minggu yang telah lalu. Memang nenek saya ni SANGAT baik orangnya. Dalam keadaan sakit-sakit, beliau masih boleh melayan cucu-cucunya dengan ramah. Alhamdulillah.
Cuma baru-baru ini beliau sakit, dan anginnya tak menentu.
SABAR
Waktu itu tengahari, dan saya berada di dapur untuk prepare lunch.
"Na...na.. Zana.. tengah masak air?" embah bersuara
"Masak air? Zana tanak nasi."
"Tanak nasi untuk apa? Masak air lah.. Buat minum"
"huh?" hati mengomen
Saya assume siapkan air untuk embah lanang.
"Air nescafe ya? Untuk embah lanang?"
"Haah. Cepat na"
Saya pun masak air tanpa soal.
"Na.. Na.. Embah suruh masak air"
"Air tengah masak mbah. Nanti siap ye"
Mendengar jawapan itu, embah tak diam, dan terus suruh siapkan air.
Air nescafe pun siap, dan dibawa ke embah lanang. Embah lanang tak mahu minum, lalu saya bawa semula ke dapur.
"Nak bawa ke mana tu?" embah vedo'
"Embah lanang tak mahu, embah nak?" saya pelawa embah vedo'
"embah suruh buat air, kenapa buat dalam cawan? Susahnya nak suruh.. Buat minum untuk semua lah na.. Heishh"
Dus. Aduh.
"Ok, zana siapkan. Zana buat teh ye?"
Air teh pun siap. Saya minta nina hidangkan di beranda, dan mengajak sepupu-sepupu untuk minum.
"Na.. takde kerepek ke na?. biskut-biskut.. Ambillah sekali. " suaranya ditinggikan tapi masih lemah.
"huh?" hati mengomen. Makanan tengahari dah nak siap hidang, kiranya embah suruh siapkan makan petang juga rupanya. (dalam hati, kenapa lah diri ni tak figure it out awal-awal so embah tak angin lalu menjejaskan kesihatannya)
"Kejap ye embah"
Dan beberapa kali itu dalam tempoh dua hari menjaga embah, memang kesabaran itu terus diuji. Sebelum ini, belum pernah embah bersifat macam itu.
Gegak gempita dalam diri tak pernah diuji. Dulunya, kerja menjaga embah sangat senang sehingga saya boleh habiskan assignment di samping menjaga embah.
Mungkin saja, saya yang tak bersedia untuk perubahan fasa embah yang semakin meningkat tua, sehingga perasaan terbeban ini timbul seperti habuk yang memenuhi perabot. Astaghfirullah3.
PERASAAN MEREKA
Saya sampai di kampung semalam.
"Mana zana? Dia tak balik ke?" embah.
Saya bersalam dengannya dengan hati yang bersalah kerana merasa beban sebelum sampai kampung.
"Ini zana. Embah sihat?"
"Oh zana.. Sihat ke? Dah makan?"
"Alhamdulillah, zana sihat dan kuat ! Huhu" "embah ok tak?"
"Perut ni, macam selalu sakit je.. Picit pun masih sakit lagi.." dan embah pun berkongsi apa yang dilaluinya.
Saya tenung wajahnya dengan mendalam.
"Wajah inilah yang pernah menjagaku dari kecilku, mengambil berat tentang diriku lebih dari dirinya, mendoakan diriku sentiasa selama hidupnya, adakah patut ada sekelumit rasa terbeban menjaga dirinya?"
T_T
Sepatutnya saya fahami, orang-orang tua adalah manusia yang melalui fasa yang getir dalam hidupnya, mudah terasa dan mudah terluka. Anginya itu, bukan datang daripada diri mereka, kerana yang ada pada mereka hanya kasih dan cinta yang melimpah untuk anak-anak, cucu-cucu dan keturunannya.
Ketika meneman embah ke klinik, saya dapat rasakan, sebenarnya embah ni, hanya mahukan masa dan perhatian orang-orang yang telah beliau kasihi dan cintai sepanjang hidupnya.
Bukan wang ringgit dan ubat-ubat yang selama ini telah mewakilkan devotion anak-anak dan cucu-cucunya.
Sebab itu, kita harus sedaya upaya memahami mereka, melayani mereka dengan baik dan meraikan mereka.
TERUS BELAJAR
Jika diberi pilihan, saya rela ada handful of little souls than one elderly yang mencabar. Kerana sememangnya ada beza antara orang tua dan anak kecil.
Orang-orang tua, mereka ini manusia yang dah melalui banyak asam garam kehidupan. Saya tak mampu mengendalikan perasaan jika, tersalah cara dan menyebabkan orang tua itu terluka.
Memang HEBAT, siapa yang menjaga orang-orang tua di rumah orang tua. Saya banyak kena berguru dengan mereka.
Perlu tukar mindset awal-awal, dan perlu pujuk diri untuk lebih ikhlas.
Mungkin ada satu karakter yang dapat dibina, melalui proses mengendalikan perasaan ini.
USWAH HASSANAH
Terlayang bagaimana layanan seorang utusan terhadap seorang nenek tua yang sangat mencabar. Baginda terus tersenyum dan hatinya langsung tak terusik dek kata-kata yang terpacul keluar dari nenek itu.
Bahkan, baginda melazimkan dirinya dengan golongan tua. Memberi makan kepada seorang nenek tua (baca: tua banyak karenah) dengan suapan yang penuh rasa cinta dan perhatian.
Baginda, empunya akhlakul kareem, manis akhlaknya seperti madu. Sungguh saya jadi teramat rindukan baginda.
Ya Allah, berilah kekuatan untuk dapat Kami contohi baginda s.a.w dalam menjaga orang tua khususnya dan dalam kehidupan ini amnya.
BAGAIMANA KITA
Kita juga suatu hari akan tua. Di saat itu, apa yang menjadi harapan, kita menjadi lebih bermanfaat untuk ummah ini, lebih memahami hakikat kehidupan adalah untuk kembali pada Allah dan lebih bersemangat untuk mengecap nikmat syaheed. Ameen Ya Rabbul 'izzati.
Kampung Jawa, Kerling.
9.24 minit malam
26 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment