Nilaian Itqon



Alhamdulillah.


Banyak nak tulis , sebab banyak ibroh yang saya dapat dalam mengharungi beberapa hari ni. Alhamdulillah sangat -sangat.


Selalunya memang saya tak pernah nafikan betapa beratnya satu-satu tanggungjawab yang dipegang untuk sesebuah perkara. Saya terbayang-bayang halnya Umar al-Khatab, ketika dia menangis semahunya memikirkan amanah dan pertanggungjawaban yang dia harungi. Hinggakan setiap masa dan ketika , dia berjalan -jalan sendiri di bandar Madinah , mencari ummatnya yang terlepas dari perhatian dan penjagaannya sebagai khalifah.


Dan ketika dia bersama orang kanannya sedang mendalami dan membantu kehidupan seorang nenek tua yang miskin. Nenek tua tu membebel-bebel.


" Aku tak redho dengan amirul mukminin , dia menyebabkan kebajikanku tak dijaga " kata nenek tua. Nenek tu memang tak sedar amirul mukminin yang sedang menolongnya.


Bayangkanlah perasaan seorang Umar yang hatinya sedar pertanggungjawabanya. Jiwa siapa yang tak gentar ? Kelak di depan Allah , berapa ramai lagi nak tuntut hak mereka masing -masing?


Dan ketika berlaku peralihan khalifah, Umar menyatakan :


" Cukuplah dalam keluargaku , hanya aku yang mendapat taklifan sebegini berat "


.. Allah…


Lantas bila melihat sekitar diri, ya Allah.. Terasa mengah dengan dosa kezaliman saya pada amanah.


Baru - baru ni saya dikejutkan dengan berita accident yang menyebabkan si mangsa itu mengalami luka dan kecederaan yang teruk. Oleh sebab si mangsa tak berada dalam sistem usrah, maka berita itu lambat diketahui. Sedangkan si mangsa adalah salah seorang alumni sekolah saya. Dan dalam kalangan kepimpinan persatuan alumni sekolah, kami amat-amat terkesan sebab tak cautious tentang si mangsa. Sedangkan mangsa berada di bawah pertanggungjawaban kami. Sejenak saya terfikir , mujur Allah tak mengambil nyawa mangsa, dengan itu masih sempat untuk kami penuhi hak-haknya.


Sebenarnya hakikatnya saya belum ke alam penuh sedar tentang satu sandaran amanah.


Dulu, saya pernah mendapat satu panggilan , dari seorang teman, dia mahukan usroh dan tarbiyyah, tapi tiada orang yang menghubunginya. Juga pernah seorang kawan meminta untuk hadir ke dauroh dan menanya-nanya kenapa sebelum ni tiada yang pedulikannya.


Beberapa hari yang lalu pula, saya dapat tahu keadaan seorang akhawat yang tertandus rasa hammasahnya, silau saujana matanya dan terhuyung-hayang hayunan langkahnya. Dia seorang akhawat yang setia menanggung rasa, kerana meskipun telah dihubungi untuk menyertai mata rantai perjuangan yang lain, dia tetap setia menanti perhubungan dari akhawat kami.



Allah…


Mengahnya rasa hati. Kawan-kawan/adik-adik yang saya telah abaikan.. yang saya teralih pandang.


Saya cukup geram dengan diri saya, amanah di bahu dibuat macam bola.


Apa yang berlaku pada mereka membawa saya berfikir dan menanya-nanya, di mana letaknya kesungguhan saya ? Amanah di kiri kanan depan belakang saya , bila saya nak bersungguh ?


Cepatlah Izyana tolonglah sedar.


Kiranya bila dah marah dengan diri sendiri, automatik saya akan dingin. Perasaan saya akan cukup terganggu. Maaf ya pada yang terkena tempias dingin saya. Dah cuba banyak kali nak handle, hakikatnya saya memang seorang drama queen.


Walaubagaimanapun, alhamdulillah sangat -sangat, bilamana melihat semangat mutarobbi dan kawan-kawan, mereka semuanya membangunkan semula semangat saya, kini saya rasa tertolak kehadapan untuk menjernihkan lagi muwassofat diri supaya tak menzalimi dakwah, dan ummah. (fuh, tak terbayang kerja -kerja khalifah macam mana..)


Astaghfirullah, malu rasanya bila meraung (ok pasni nak insaf dan dah tanak meraung.. insyaAllah). Saya mengaku , dalam sedih dan ketawa kena sekadarnya. Tapi ia amat sukar bagi saya. Lebih-lebih lagi apabila orang-orang sekeliling terkena tempias kezaliman ini, kezaliman saya ini.


Ya, saya syukur dengan dekapan ukhuwah sebagai sistem sokongan. Memang sokongan yang tak disangka-sangka, menyuntik semangat seribu makna. Terima kasih tau pada semua.


Ok, saya nak lebih Itqon lepas ni ! Allahuakbar !



Anologi


Bayangkan adik anda menyapu lantai. Selepas semua sampah disapu, dia tak pula terus mengambil penyodok untuk kumpulkan dan buang. Sebaliknya sampah itu terus disapu masuk ke bawah karpet/ sorok dalam stor.


Ataupun, dia sapu dan terus kumpul dan buangkan sampah terus dalam tong sampah. Kemudian sampah diikat dan dibuang ke dalam sungai pula .


Haish, dua-dua kerja yang tak menjadi. Asalnya bermanfaat dan menjaga kebersihan, tapi akhirnya memudaratkan pula. Riuhlah stor tu dengan lipas yang berkampung dalam timbunan sampah tu. Sesaklah ikan-ikan di sungai dengan sampah-sampah yang dibuang tadi.


Sebenarnya kerja yang tak Itqon memang buat dunia jadi serabut.


Assignment yang ditangguh-tangguhkan merugikan otak kita dari menjalani pelatihan untuk lebih kritis. Masa yang disia-siakan meletihkan potensi yang sebenarnya dah terangkum dalam diri kita. Perkara yang terhias dengan kemalasan takkan pergi jauh.


Sedangkan sebenarnya kita mampu berlari macam singa, tapi kita lebih rela melompat macam katak.


Kemampuan yang kita siakan, akan kelak ditanya oleh Allah.


Jika dikaitkan dengan kehidupan kita, memang ada banyak kerja yang menuntut perhatian kita, Itqon kita. Bila dah banyak kerja bertimpa-timpa, mulalah buat ikut shortcut. (erk, terkenanya). Mana satu hal yang tak penting ? Memang selalunya banyak perkara yang penting. Tapi sejauh mana dalam kepentingan sesuatu kerja itu, kita selesaikan dengan penuh dedikasi dan Itqon ? Yang bilamana kerja yang dibuat dengan Itqon, dapat kill a lot of birds with one stone.


Ya, kerja-kerja kita memang penting. Tapi kena reverse psychology sikit; yang penting Itqon, bukan kerja semata-mata. Dalam sibuk dan senggang, eloknya bila kerja-kerja kita diselesaikan dengan penuh Itqon dan penelitilian. Ia mungkin nampak lengthy tapi kesannya bagus dan menjimatkan banyak masa di masa hadapan.


Mudah kata, itqon merupakan elemen dasar terciptanya kemajuan dalam kehidupan kita sebagai 'amilin. Kerja-kerja yang bertapak di atas Itqon membuka jalan-jalan kedepan agar kita dapat bergerak lebih jauh. Rahsianya adalah Itqon, (rapi dan professional).


Dan Itqon ini hadir di saat kita merasakan tanggungjawab di depan Allah, lebih penting daripada sekadar tanggungjawab sesama manusia.


إن الله يحب أحدكم إذا عمل عملاً أن يتقنه


Betapa Allah menyukai dan amal yang dibuat secara serius, bersungguh dan professional.



Tips-tips untuk Itqon


Mudahnya nak menaip semua ini, aduh. (tekad Izyana, tekad untuk buat!)


Memandangkan saya dah ada azam baru untuk berubah ke arah Itqon, maka saya buat beberapa perubahan pengurusan diri.


  1. Sebelum ini saya gunakan satu buku yang khas untuk tuliskan semua perancangan saya. Baik akademik, dakwah, usroh dll sekitar diri. Sekarang saya beli beberapa buku dan khaskan setiap buku untuk satu-satu perkara. Contoh satu buku khas untuk dakwah Uniten, satu buku khas untuk Musleh, satu buku untuk Fasa dll. . Dan ada satu buku khas yang saya beri tajuk, Izyana. Hehe, buku ni untuk tulis perkara2 notification diri macam makluman dari penaja, registrar uniten, apa yang perlu dibeli (baju ke, tudung ke, buku ke) semua lah. Jika dinisbahkan semua tajuk-tajuk ni dengan subjek sains, rupa-rupanya selama ini saya telah gunakan satu buku yang mencampur-adukkan subjek kimia, bio dan fizik. Fulamak, macam mana tak bercelaru?

    p.s: jangan bazir duit beli buku creative products atau lain-lain. Beli buku latihan sekolah menengah (yang coklat dan simple), hasil untung pun dapat ke ekonomi sekolah.

  1. Sebelum ini saya gunakan satu papan putih sebesar dua kerusi, untuk tujuan pemetaan. Macam hal buku tadi, sekarang saya beli tiga papan putih saiz yang lebih kecil sedikit dan cerakinkan kepada uslub yang lebih kecil.

    p.s: tak semestinya guna white board, mahjong paper pun ok. Sendiri tetapkan.

  1. Tapeware. Selama ni, tapeware hanya digunakan dalam peti ais, dalam kabinet dapur. Untuk susun bawang-bawang, rempah-rempah, serbuk-serbuk, tepung, ayam, daging, udang dll. Saya memang cukup suka dengan tapeware tapi belum pernah saya fikir untuk gunakan tapeware dalam membahagikan barang-barang, stationary dan buku-buku kecil. Untuk barang-barang tersebut selalunya letak dalam kotak yang comel-comel . Ok je sebenarnya, tapi terfikir nak tukar cara. Sekarang semuanya saya isi dalam bekas-bekas tapeware. Memang best ! !

    p.s: sekarang banyak saiz dan jenis tapeware yang boleh didapati. Tak perlu beli yang mahal2.

  1. Peta dunia. Oh rupanya, tak cukup dengan peta dunia. Saya kena ada peta Malaysia , yang detail. Saya tekad untuk tahu.


Sebenarnya semuanya bergantung pada diri masing-masing, bagaimana nak meningkatkan kesungguhan beramal. Sesetengah orang gunakan teknologi komputer untuk melakar semuanya, dan tak perlu pada buku. Saya pernah mencuba tapi tak ke mana. Teman baik saya memang buku tulis dan pen, biarlah kuno pun. Pokok pangkalnya, jiddiyah kita, Itqon kita.


Tuntas daripada semua tips ni, peri pentingnya adalah kehadiran jiwa. Jika dinisbahkan semua tips ni dengan nombor, bayangkan semuanya bernombor '0' dan jiwa kita dinisbahkan dengan nombor '1'. Semuanya bermula dengan jiwa, maka ambil nombor '1'. Buku-buku dah dibeli, maka ambil nombor '0' , jadilah '10'. White board dah beli, ambil lagi nombor '0' jadilah '100'. Tapeware pun beli, jadilah '1000'. Peta semua, jadi '10,000'. Hebat nombornya, tinggi nilainya ! Namun, bila yang pertama itu hilang, hilanglah kesemua nilai menjadi '0'. Tiada nilai tiada makna.


Itqon yang hadir hasil cambahan iman, akan diganjarkan syurga. Selain cambahan iman, memang hanya sia-sia.


Jom bertekad untuk lebih jiddiyah dan Itqon dalam pekerjaan !


" Antum ruhul jadidah fi jasadil ummah " -Hassan al-banna


Allahuakbar !


Saya melazimkan tulisan ini untuk penyedaran diri sendiri, penyegaran diri sendiri, peringatan diri sendiri dan kemudian sebagai perkongsian dengan pembaca yang lain.


Ya Allah, mudahnya melakar kata.. ilhamkanlah kepadaku keberdayaan.


Izyana Hariffin

11.05 am

17 Ogos 2011


p/s : sedang menulis post, teringat i'dad du'at 2008. Fuh, hadith yang disebutkan dalam post memang ternyata amat penting bagi saya. Detik permulaan jiddiyyah saya, dengan meninggalkan semua fanatik yang lain (harry potter, Narnia) dan meletak keseriusan yang tinggi untuk bergerak dan berubah.

No comments:

Post a Comment