Satu hakikat bilamana di samping akhawat, berbakul-bakul ilmu yang diperoleh, terasa fikiran dilajukan atau digerakkan. Sejujurnya, sepatah dua kata-kata mereka amat berbekas untuk hati yang mati ini. Saya rasa tak rugi menahan mata sebab susah nak tangkap mereka ni.
Memang jujur terasa benar bila seorang muslim bersendiri, dia berfikir. Bila berjumpa muslim yang lain, mereka berbincang. Bila dah bertiga/ berempat/ lebih, maka mereka beramal.
"Semoga dengan keberkatan Ramadhan, dan limitnya belitan syaitan, perbincangan kita sepanjang hari ni membuahkan amal-amal yang jelas dan diredhoi" Perbincangan akhawat ditutup dengan ringkas untuk memberi laluan urusan khidmat diri dan pecutan 10 hari terakhir ramadhan. Seharian penuh berbincang namun terasa lapang dada bila berkumpul sama-sama.
Saya melihat setiap detik bersama terlalu mahal. Terima kasih mata, kerana bertahan. Saya kongsikan sedikit di sini, apa yang menjadi perbincangan untuk revision bersama.
Dunia bukan realiti sebenar
Kalau nak dirungkai rahisa alam, memang mustahil. Tapi sekadar tadabbur, elok saya kongsi cerita saya dapat dari ukht-ukht itu hari. Syaratnya, anda kena ada imaginasi yang TINGGI. Kerana ia semacam matriks.
Orang-orang yang kita kenal di dunia, sebenarnya telahpun kita temu di alam ruh. Bayangkan, kita berselisih dengan manusia. Jika kita tak pernah sapa mereka di alam ruh, kita takkan pernah kenal manusia itu di dunia, hatta dia saudara bau-bau bacang sekalipun. Fikirkan, berapa ramai yang kita kenal tapi duduk berjauhan. Dan berapa ramai yang berdekatan dengan kita tapi kita tak kenal. Dan waktu pertemuan juga dah ditetapkan. Contohnya, akhawat yang kita baru kenal hari ini, mungkin banyak kali kita selisih sebelum ini di pasar/mall/library dll. Tapi disebabkan waktu telah ditetapkan pertemuan itu pada sekian masa dan sekian suasana, maka kita hanya berinteraksi dengan apa yang telah ditetapkan, dan hanya kenal bila takdir menentukan. Percayalah, alam ruh itu wujud, dan ruh-ruh kita telah bertemu dengan yang tertentu. Pena Allah dah diangkat dan dakwat telah kering.(Semuanya sudah ditetapkan)
Ok, ambil ni pula, bayangkan melihat taman bunga. (huaa.. sukanya ! cantik2 ) Bunga ada macam-macam warna. All the petals, nikmatnya kita melihat. Sebenarnya, dunia ini tiada warna. Tak percaya? tanya guru sains. Warna yang kita lihat adalah biasan cahaya ke atas spektrum gelombang yang mempunyai nilai kod-kod yang berbeza. Mata kita pula mempunyai receptor yang menghantar gelombang itu ke otak, lalu otak menafsirkan warnanya. Semuanya dah terprogram sejak kecil, sebermula dari pemecahan chromosome.
Subhanallah, teknologi Allah Maha Hebat.
Kerana itu, ada orang yang buta warna. Otak mereka tak punyai maklumat untuk menafsirkan spektrum gelombang. Orang buta warna yang melihat dunia yang sebenar. (uish, kontranya)
Atau fikirkan tentang mimpi. Bila berlari pantas dalam mimpi, tiba-tiba terbangun. Tak kah rasa seperti berlari sungguh? Yang berlaku ialah otak kita menafsirkan maklumat. (saya berhenti di sini kerana belum yakin dan belum hadam ilmu saya peroleh berkenaan mimpi)
Tentang kematian. Orang yang selama ini bersama kita takkan mampu berada di sisi lagi jika ruh telah dicabut. Orang yang pergi telah kembali ke alam ruh.
Tentang masa. Masa juga makhluk Allah. Nisbah satu hari di dunia menyamai seribu tahun di hari akhirat (hanya ruh yang mampu ke sana). Sifir mudahnya, di dunia yang kita hidup paling lamapun mungkin 70 tahun, bandingannya seperti satu jam lebih di alam akhirat.
Belum cerita lagi tentang maklumat dalam DNA kita yang menentukan spektrum warna kulit, atau tentang penglihatan dan pendengaran haiwan.
Sungguh alam ini banyak rahsianya. Kerana itu, dunia bukan realiti yang sebenar-benarnya. Apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling adalah reaksi fizik, biologi dan kimia yang terprogram. Allah menyusunnya dengan indah, menempatkan dunia sebagai ladang ujian, tempat menjadi hamba dan khalifah, tempat menanam segala amal kita dll yang disebut dalam Al-Qur'an.
Maka, realitinya apa? Alam ruh itu realiti, dunia hanya RnR (tempat persinggahan). Realiti bersandar di atas keyakinan kita dalam hujah-hujah yang nyata (dalam Al-Qur'an). Yang sebenarnya dicerita-ceritakan dalam Al-Qur'an, itulah dia realiti, tapi tak diperlihatkan kepada kita. Syurga yang digambarkan, bidadari yang diceritakan, neraka yang diperingatkan, itu yang realiti, sedang di depan mata kita sekarang, bukan (paling tidak, warna-warna yang anda lihat).
Maka ruginya, bila fikiran terarah hanya untuk dunia, yang hakikatnya bukan realiti yang disangka. Ruh sebenarnya menumpang jasad sementara menunggu berlepas ke alam realiti (akhirat).
Ketika mata merenung alam, tambatlah hati untuk merenung Tuhan. Dunia ini akan tetap ditinggalkan. Sedang akhirat jualah yang merupakan tempat tinggal abadi. Mereka yang berjaya merentasi hakikat dunia yang palsu dengan mengisi pandangan akhirat yang lebih baik dan yang lebih kekal (lebih realiti). Mereka itulah yang menyelami makna kehambaan.
Wanita dunia
Memandangkan semua yang berbincang itu akhawat, maka adalah sikit girl talk.
Wanita dunia diciptakan oleh Allah dengan postur yang menawan, lalu Allah mengamanahkan perintah aurat dan ikhtilat untuk menjaga kehormatan diri. Jika ditadabur perintah aurat dan ikhtilat, ada keseimbangan antara naluri dan peraturan.
Ada sebabnya Allah menjadikan dalam diri kita masing-masing, ada kecenderungan untuk berhias. Menghias diri di depan orang yang khusus memang indah pahalanya, dan itulah maksud sebenarnya. Fikirkan, wanita dunia pertama dijadikan oleh Allah atas sebab apa? Namun, tidak pada awam, ia disebut tabarruj. (ya Allah. Jauhkanlah kami dari tabarruj).
Sebenarnya, kebanyakan wanita dunia hanya makhluk Allah yang tak setara wanita di alam realiti (bidadari). Baik dari segi perwatakan hinggalah kepada bentuk ciptaan/program dirinya yang Allah reka.
Mencantikkan diri di alam dunia ini. "Itulah lumrah seorang wanita. Tapi sayang, andai seorang wanita itu masih belum sedar, kecantikan sebenar wanita itu datang dari dalam, terletak pada kemuliaan peribadinya" -Ukht Nurazah-
Agak cliché bilamana definisi cantik itu cenderung pada kejadian yang fisikal. Walhal, kecantikan dan postur yang ideal bukan selamanya kekal. Kejadian yang fisikal tentunya satu hari dimamah bumi/ termakan dek usia.
Macam mana kalau muncul dialog, "fuh, bagusnya kakak tu, putih gebu, cantik manis, solehah pulak tu." Secara jujurnya, rasa geli hati dengan dialog tu. Definisi solehah itu selalulnya beriringan dengan cantik. Sebenarnya solehah itu sendiri yang cantik. Sepatutnya fokus untuk cenderung dan bersusah mencantikkan ruh dan mensolehahkan diri. Rasailah 'sekejap'nya dunia, dan yakinilah alam akhirat (realiti) yang abadi.
Akal saya nakal berfikir, adakah bila ruh kita berpindah ke alam realiti (suatu masa nanti), adakah wajahnya akan sama seperti jasad ?(wajah jasad kita dibentuk ketika alam rahim). Jawapannya, Wallahua'lam. :))
"Wanita adalah hiasan dunia. Dan seindah hiasan adalah wanita solehah". Kiranya, kita wanita dunia menghias dunia dengan kecantikan agama, supaya menemukan alam realiti dengan keadaan yang mulia, dan dicemburui bidadari syurga.
Maka mengendalikan fitrah memang memerlukan kerendahan hati dan sifat kehambaan yang tinggi. Kalau dihuraikan auratpun, bukan susah nak dapat bahan-bahannya (maklumat di hujung jari sekarang ni), jadi tak timbul minat nak melebarkan bahasan kaedah menutup aurat (namun, jika ada yang nak bertanya, sudi-sudilah gunakan ruangan comment ya). Lebih minat untuk membantu proses pemahaman dari proses 'tahu'.
Perlu difahami kekuatan amal itu hadir dari hati yang ikhlas menjadi hamba, jiwa yang jelas hakikat dunia, keyakinan yang teguh janji-janji Allah dalam kitab-Nya. (lintasan hidayah, penjelasan dan furqan). Ayuh, melalui itu semua !
Tapi itulah, wanita dunia tertipu melihat dunia. "Just as you can be accurate without being clear, so you can be both accurate and clear without being interesting." -Izyana- Kadangkala rasa nak nangis pun ada. Tahu itu beban, tidak tahu itu jahil -ukht Nurazah- Akar umbinya masalah-masalah wanita/akhawat yang timbul adalah disebabkan kita akhawat yang missing in action, sejauh mana kita akhawat mengendalikan dakwah dan tarbiyyah dengan amanah.
Bukan hanya masyarakat luar tarbiyyah yang terus dibayangi dunia, diri ini lah juga yang selalu tertipu. Diri ini rupanya yang sakit bila hati mudah memerihalkan orang lain sedang diri ini yang miskin. InsyaAllah, saya akan cuba berubah.
Ayuh sama-sama mujahadah ! Malunya bila memikirkan, mereka bidadari yang jauh lebih cantik tak memandang atau dipandang pun yang lain kecuali suami soleh masing-masing. Dan cemburunya memikirkan mereka penghuni syurga.
Akhawat , keakhawatan perlu dijaga
Tak nafi, Kotak fikrah seorang akhawat kadang-kadang lebih laju banding ma'rifat agamanya. Cabaran akhawat setelah terbukanya kotak fikrah adalah mengenali diri sendiri dengan lebih kefahaman. Agama yang perlu dijaga, agar Islam dalam dirinya menjadi air yang mengisi setiap ruang. Kira, bila akhawat tak mengambil pusing hal agamanya, ketempangannya akan terlihat melalui pemakaiannya, tutur katanya, adab sopannya dan penjagaan dirinya.
Kadangkala niat tersasar, menjaga diri bukan semata-mata kerana beban fikrah dan demand pakejnya. Cuma ia amat sihat bilamana tarbiyyah dimulai dengan ma'rifat diri, Tuhan dan agama. Agar sedar betapa mahalnya harga diri. Dan tahu untuk siapa menumpahkan kecenderungan kita. Andainya kita merungkai ma'rifat diri dan hakikat penjagaan, tentu menebalnya rasa malu kerana sedar semiskin mana kita mengamalkan.
Menjaga kehormatan diri adalah satu amanah yang berat lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat yang urban dan rosak. Degup jantung seorang akhawat selama masih dipanjangkan nafasnya bukan dengan maksud lain kecuali sebuah ujian. Ujian yang harus ditempanya dengan amanah. Segala ilmunya, sejauh mana diamalkan. Segala kefahamannya, sejauh mana dipertahankan. Segala tarbiyahnya, sejauh mana digunakan untuk menjaga agamanya di kala bersendiri di tengah-tengah kefasadan.
"Tentangan dalam bentuk budaya, alih-alih bisa mengubah budaya yang islami dengan budaya yang jahiliyyah. Seorang ukhti yang tidak berkualitas justeru akan larut dan akhirnya ia sendiri menjadi pengikut tradisi jahiliyyah itu." -Cahyadi Takariawan, dalam Keakhawatan 4. Bukan nak kata ikhwah tak berlaku perkara yang sama. Masing-masing ada tanggungjawab muhasabah.
“Di antara sesuatu yang pelik dalam tarbiyah ialah, anda mampu memberi peringatan dan mengajak golongan baru dan remaja meninggalkan riya’, takabbur dan menunjuk-nunjuk. Mereka menggangap perkara itu sebagai bimbingan, tarbiyah dan taujih daripada anda. Sedangkan mereka yang telah lama dan telah tepu, jika anda memberi peringatan yang sama dia akan menggangapnya sebagai tuduhan, dia menolak nasihat dan angkuh seolah-olah Rasulullah saw tidak pernah taubat tujuh puluh kali sehari di akhir-akhir hayatnya.” -Ahmad Ar-Rasyid- Ayuh muhasabah.
Hati yang bening, maka nasihat dan peringatan mudah untuk menyerap dalam dirinya. Manusia yang baik, bukan manusia yang tak berbuat salah, tapi ia adalah manusia yang jika tersalah arah, siap untuk kembali ke pangkal jalan. Diri kita akhawat harus yang paling laju untuk bertaubat.
Kadangkala social circle yang mencabar, membuatkan jati diri kita tergugat. Jujurnya saya dulu, bukan sekali suara hati menyoal tentang prinsip yang dipagarkan sekeliling diri. Penjagaan ini untuk apa? Tudung labuh ini untuk apa? Namun, tarbiyyah mengajar erti mujahadah. Agama harus terus dijaga sehingga ke akhir hayat. Di mana pun berada. Apa pun suasana.
Saya tahu, ia nampak tak realistik kadangkala. Janggal menjadi 'alien' di tengah-tengah manusia. Namun, rasailah kepentingan menjaga agama. Sebenarnya dunia yang tak realistik, banyak kesusahan, kerosakan dan kezaliman telah berlaku akibat wanita-wanita yang tak menjaga agama.
Get over with inferiority, Be strong, Yakin dan jagalah agama.
Mari menghias dunia !
Dengan ma'rifat diri dan agama, teradun pula dengan kotak fikrah, terbinalah seorang akhawat dengan tasawur, akhlak dan keperibadian yang Islam.
Akhawat yang solehah menghias dunia dengan kecantikan yang kekal hingga ke alam realiti. Moga-moga Allah terus menjaga kita semua, amin insyaAllah.
Saya melazimkan tulisan ini untuk penyedaran diri sendiri, penyegaran diri sendiri, peringatan diri sendiri dan kemudian sebagai perkongsian dengan pembaca yang lain.
Salam Eidulfitri, taqobbalminna wa minkum !
Izyana Hariffin
Bilik
11.26 minit malam
6 September 2009

No comments:
Post a Comment