Mengeja syahadatain


Baca ini dulu, click saya , dan saya


"Memasakkan jati diri, meneguhkan pendirian agar terpelihara semuanya." -catitan 13 Mei 2011


Setiap sela masa, tangan saya pasti mencari secarik kertas untuk ditulis segala rasa yang terpendam. Sebuah pengalaman yang saya lebih rela untuk tidak hadapi, jika ada pilihan.


"mimpilah, nak buat pengasingan tempat duduk lelaki dan perempuan"


"tak payah berangan, nak suruh tutup aurat"


Kadangkala saya lemah, dibelit syaitan. Peningnya membuat design program! Tak pernah terbayang, nak melakar satu program jahiliyyah, setelah seumur hidup dibesarkan dengan program program tarbiyyah.


Baru sehari memulangkan jawapan persetujuan, saya rasa nak tarik balik. Rasa tak yakin, tak mampu menanggung. Dulu, di plkn saya berjuang untuk diri saya semata dan kebanyakan aktiviti memang diasingkan mengikut jantina.


Kali ini, cabarannya terlalu tinggi. Takungan mad'u bukan semudah mudah kata.


Cikgu Ros menasihatkan,


"elaklah selagi mampu"


Ummi merespon,


"takkan selamanya tak nak keluar dari gua?"


Abah pula buat reasoning,


"it means that you have a circle of influence..teruskan. It's your choice, however."


"I don't have a choice" saya jawab


"Then, start doing your homework. Ujian melatih daya juang... Are you willing to fight?"


Cikgu Norma memberi kata semangat,


"kena sangat mesra"


"kreatif"


"proaktif"


Dan "berdaya juang"


Subhanallah. Saya harus kembali bertenaga!


Saya perlu ada usaha!


Maka akhirnya, saya mula membuat homework. Akal saya mulai menjadi ligat. Mengenal pasti ruang ruang peluang dan langkah langkah yang perlu diambil untuk menutup pintu pintu maksiat.


Saya cerakinkan mad'u pada 3 kumpulan dan 2 tahapan:


  1. Ada latar belakang agama (sekolah/ keluarga/ kawan2)
    1. Masih berminat
    2. Hilang minat
  1. Pure KL/ JB
    1. Mencari
    2. Allergic
  1. Non-muslim
    1. Mencari
    2. Considerate

Saya meletakkan sifat 'a' dan 'b' itu sebagai peratusan dalam diri seseorang mad'u itu sebagai ukuran.


Saya cuba stukturkan cara terbaik, agar lelaki dan perempuan terpisah secara fitrah bukan dengan slogan yang saya perlu juangkan dalam kalangan mad'u yang tak mampu comprehend.


Saya pisahkan jantina dalam barisan ajk. Teknikal, lelaki. Deco, perempuan. Jemputan, perempuan. Kebersihan, Pentas, Protokol dan program, lelaki. Pendaftaran dan hadiah, perempuan.


Dan saya pacakkan beberapa hadaf;


  1. Menyerang pemikiran kawan kawan supaya mereka tak lagi salah faham dengan islam. Di sini saya menganggap diri saya sebagai duta islam. Which I will prove that islam encompasses intelligence and strong leadership.

  1. Menjaga jati diri saya sebagai muslimah. Bukan mudah menjaga diri sebagai seorang muslimah, yang selalunya dijadikan fitnah dari pelbagai segi. Ianya bukan semata daring to be different ianya daring to act different and speak different.

  1. Menjaga penampilan kawan kawan perempuan pada majlis tersebut (bukan dengan kuasa veto). Saya membayangkan, prom night + pure KL girls = Gaun yang cukup bahaya. Prom Night akan saya cuba ubah menjadi High tea (tapi tak berjaya).

Mujur, clan saya kebetulannya terdiri daripada bangsa cina, melayu dan india. Clan satu Malaysia. Masing masing empunya circle of influence. Dan bila kita sebut clan, apa yang kita cakap, mudah untuk mereka hadam dan faham cara kita.


Oh, ini penting. Position yang strategic dalam sosio-budaya. I learnt from plkn, that people will be eying you when you are different, but they do not hate you.


(Specifically for akhawat: tentang kita yang bertudung labuh ni, kita yang kena berani reach out dan ringankan mulut. Percaya pada kata saya, masyarakat umumnya, tak membenci kita. Cuma kadangkala, suara suara sumbang itu adalah sekali sekala. KADANGKALA. SEKALI SEKALA. Pedulikan.)


Dan lagi satu yang penting, bina jaringan dengan SEMUA perempuan yang lain. (kalau anda lelaki, bina jaringan dengan SEMUA lelaki yang lain). When they know you in person, things will be much much easier.


"Sebagai du'at use the least veto power." komen ummi. "cuba awak ajak kawan kawan awak berbincang kerja dalam suasana penuh ruhi. Kemudian cakap baik baik, jenis pakaian yang awak gariskan."


Idea ummi sangat bermakna buat saya. Lalu, saya kumpulkan kawan kawan perempuan dalam sebuah meeting. Saya gunakan sikit lah kuasa veto untuk tetapkan agenda solat Isha' berjemaah sebelum bermula meeting (dalam bahasa yang baik. Mengajak bukan mengarah).


Kat sini, kreatif kita harus bermula..


Saya mengajak seorang sahabat baik, (seorang hafizah) untuk kononnya datang kejap ke surau untuk menumpang solat. Dan saat itu, dia menjadi imamah kami dengan bacaan surah surah lazim. Kemudian, usai solat, dia bersalaman dengan kawan kawan saya. Tak lama lepas itu, dia pulang (kebetulan pula, dia harus pulang awal).


Setelah itu, kami pun bermeeting.


Kemudian, datang lagi seorang sahabat saya yang kononnya datang kejap ke surau untuk menumpang solat.


Sengaja saya nak membina propaganda fikiran, menonjolkan kaedah penutupan aurat. Halnya, mereka (sahabat sahabat saya) datang untuk sembahyang tanpa membawa telekong dan tak memerlukannya. Akhawat memang dah lazim dengan pakaian sembahyang ke mana pun.


Mu'ayasyah pun berlaku. Sahabat saya secara tak lengsung menyerlahkan perwatakan dirinya yang happening dan murah senyuman.


Sengaja saya nak pecahkan mental blockade, menonjolkan perempuan muslimah bukan satu karakter yang bosan.


Bersama bantuan sahabat saya itu, kami pun gegarkan pemikiran mereka, dengan muslihat creating that 'touch' dengan hadaf utama; menta'rifkan tentang 'aurat.


Dan sedikit sebanyak, kaedah ini berkesan pada beberapa jiwa yang Allah goncangkan. Tiga daripada lapan orang, yang memakai jubah hitam ala2 arab pada malam prom night, dengan tudung mentutupi dada. Yang selebihnya, sekurang kurangnya tak memakai gown yang mendedahkan bahagian terlalu banyak kulit.


(asalnya mereka bercadang memakai gown yang saya takutkan itu)


Fuh, itu satu perkara.


"Subhanallah, kadang kadang rasa nak luahkan emosi yang bergelojak" -catitan 18 Mei 2011


"Betapa rasa taqwa semakin memudar, betapa ikhtilat semakin longgar" -catitan 20 Mei 2011


Kadangkala, memang rasa nak meraung-raung, ya ALLAH Aku lemah.


"You and your heart are in need of Allah than you could possibly imagine" -catitan 21 Mei 2011


Itulah gunanya bekalan kekuatan jiwa kita sendiri. Dan bila bercakap tentang jiwa, tak ada cara lain. Melainkan kita sanggup bangun solat malam dan bertasbih di hadapan Allah. Merendahkan diri sebagai hambaNya yang faqir dan memohon dengan sangat, kekuatan dan tarikan magnetik ke arah ISLAM.


Cabaran seterusnya adalah pengasingan lelaki dan perempuan, susunan agenda, dan pembinaan bonding yang sihat (engaging audience). Saya tak menolak, bila ada kawan kawan india yang volunteer untuk buat tarian. Saya pun tak menolak, bila kawan rapat saya, Lynn, ingin menyanyi dan memainkan piano. Saya cuma tak benarkan dia menyanyi duet sebagaimana yang dia minta.


Saya mengajak, untuk baca tulisan ini; click saya


Dakwah ini membicarakan tentang hati dan jiwa manusia. Dalam kes saya, mereka dah lalui 19 tahun hidup tanpa manhaj islam yang sebetulnya. Bukan mudah nak mendisiplinkan satu satu perkara. Saya bukan menyerah kalah, tapi berpijak pada bumi nyata.


Tak cukup dengan slogan, kita PERLU pada kerja tarbiyyah yang berterusan, demi tujuan pembaikan itu. Dudukkan mereka, ziarah mereka dan fahamkan mereka dengan suapan suapan mengikut kecerdasan mereka. Corak fikiran yang harus ditawan dengan bersungguh. Ini adalah pandangan saya.


Sepanjang melalui proses persediaan majlis ini, saya memang telah keluar dari gua. Hari hari ada benda baru yang saya belajar. Saya belajar bahawa takungan mad'u perlu luas, bukan satu dua kelompok sahaja.


Ada beberapa pengalaman pahit dan manis. Yang pahit biarlah menjadi rahsia antara saya dan Allah. Yang manis saya kongsikan di sini;


1. Rasa sejuk hati melihat classmate dalam surau, menutup aurat, duduk dan berbincang setelah solat isha' berjemaah dan menghayati slot 'tazkirah under cover'. Walaupun di luar surau, mereka free hair dan sebagainya, saya tetap sayang pada mereka, sangat sangat. Saya tekad untuk didik mereka dan ejakan islam yang sebenarnya biarpun perlu bermula from scratch.

2. Rasa sangat unusual (plus happy) bila didukungi kawan kawan free hair bila saya nak bertegas memisahkan lelaki dan perempuan. Tak lupa juga, kawan clan satu Malaysia saya yang utuh menyokong keputusan saya.

Dan melalui semua ini, saya nampak the true colors of everyone, terutamanya kawan kawan saya. Tuntasnya, yang baik itu adalah pertolongan dari Allah. Dan kesilapan kesilapan saya, jadikanlah sebagai sempadan.


"Semoga Allah menggoncang kita semua dengan hidayah-Nya malam ni." -catitan 21 Mei 2011 (malam event)


Alhamdulillah, makan malam berlangsung dengan mendapat pujian melambung dari lecturer. Everything was in its place except for satu dua perkara. Ada dua orang kawan perempuan yang berani memakai seksi, tapi telah saya selimutkan mereka dengan coat.


Dalam hati saya takut untuk berdepan dengan Allah, halnya prom night ni.


Apa yang saya nak simpulkan di sini adalah perkongsian usaha saya memainkan peranan du'at dalam mengkordinasi prom night. Pengalaman bekerja dengan lapisan remaja yang (fuh..!) pelbagai, membasahkan diri saya dengan pelajaran pelajaran baru, imuniti imnuiti baru.


"Nahnu du'aut qobla kulli syai' " -catitan 22 Mei 2011


Betapa penting kekuatan kerja kerja tarbiyyah (comprehension) sebelum menggunakan kuasa veto. Kerja dakwah dan tarbiyyah yang diperanankan oleh du'at adalah amat penting, lebih penting daripada apa pun yang anda cuba bayangkan.


"Jangan kita kendur hammasah untuk terus menghidupkan tarbiyyah dalam kerja kerja mengeja syahadatain untuk ummah." -catitan 11 Jun 2011


Saya melazimkan tulisan ini untuk penyedaran diri sendiri, penyegaran diri sendiri, peringatan diri sendiri dan kemudian sebagai perkongsian dengan pembaca yang lain. Dan saya mendedikasikan tulisan ini untuk ukhti Ili Syazwani. Seorang du'at yang tabah berjiwa summayyah yang saya kenali. ^_^



Izyana Hariffin

Ruang Dapur

2:36 ptg

22 Jun 2011


p/s: JUTAAN terima kasih kepada dua akhawat yang turun ke UNITEN dan semua atas doa dan harapan. muchas muchas gracias.

1 comment:

  1. Salaam ukhti izyana,
    masya-Allah! just came across this post...

    this is indeed a very inspiring sharing; with all those creative ways youve used to preach your friends.. masya-Allah!
    i thank Allah for the gift of receiving His 'ilm and hikmah from you sis...

    may Allah open our hearts to receive His light, and to remain steadfast, fisabilillah and in the path of da'wah and tarbiyyah. always. insya-Allah :)

    jazakillahukhayrankathira, sayang ukhti fillah! ♥

    ReplyDelete