Kuasa mendidik

Hebatnya ayah dan ibunya berprogram. Keluar siang siang hari, pulang di awal pagi. Keletihan bagaikan tak mengapa, janji program program dakwah terlaksana. Sekali sekala, anak mereka bersungguh diajak untuk ke program. Untung nasib, rasa luas rahmat Allah, bila anak mahu mengikut. Hujung hari, si ayah berangkat ke masjid. Anak lelaki sulung dalam bilik, anak lelaki kedua baru selesai makan, anak lelaki ketiga menonton tv. Sekali sekala, anak anak lelaki bersungguh diajak ke surau. Untung nasib, rasa luas rahmat Allah, bila ada yang mahu mengikut.

Kadangkala, tercetus di hati si ayah

"Duhai anak, tak mengertikah apa yang aku didik selama ini?"

...TT

"Sabarlah hati, berikan anak anak masa dan ruang. " si ayah kembali memujuk diri.

Barangkali ada kah antara anak anak generasi ibu bapa yang terima tarbiyah tapi anaknya reluctant dan tepu dengan tarbiyah?

Oh, ada ada.

Aik, what happened to cita cita baitul muslim? Ikhwah berkahwin dengan akhawat untuk membentuk circle of tarbiyyah supaya momentumnya mengalir. Untuk mencorak anak anak yang akan mewarisi. Namun, anak anak semakin membesar semakin menghilang pula jati diri.

Sayangnya, tarbiyah yang dilimpahkan tak menggoncang jiwa anak anak dalam baitul muslim yang dibina.

Dalam waktu cuti ni, abah dan saya berbincang, sambil minum petang, menunggu ummi dan adik adik pulang dari tempat kerja dan sekolah.

Abah tanya dengan serius pada saya,

"Apa sebabnya generasi awak, tak ada drive untuk dakwah?"

Tekun wajah abah, besar harapannya, dalam maknanya.
Ramai anak anak second generation jadi cair, lesu dan terkorban identiti rijal mereka bila diletakkan di dunia sebenar.

"Ibu bapa tak sedar hebatnya cabaran yang dihadapi kitorang sekarang, malah mencongak dengan mudah halnya mendidik. Kitorang kena hadapi k-pop bukan lagi back street boys, high school musical bukan lagi Sound of Music. Lain sangat dengan time abah. Cara pakaian, cara hidup teenagers yang ditampilkan melemahkan jati diri, iman dan kekuatan tarbiyyah" saya jawab.

Dunia hiburan yang berkembang bermacam jalur, internet, tv dan bahan bacaan, semuanya menggoyah sempadan iman. Arusnya amat tinggi.

"hmm.. apa guna sekolah sekolah tarbiyyah? Dulu, abah mana ada itu semua"

Saya diam dan termanggu. Kemudian, menjawab;

"kadangkala tools dalam tarbiyyah pun masuk angin, tak engage dengan cabaran semasa. Bukan tarbiyyah tak berkesan, tapi weaponnya yang dah tumpul. Akhirnya, kami hilang kekuatan untuk menongkah arus. "

Giliran abah pula diam dan berfikir.

"Itulah, kita kekurangan du'at muda. Mungkin salah ibu bapa juga, terlepas pandang. Betapa banyak duit yang dibelanjakan, tak ada maknanya bila ibu bapa tak create the momentum of tarbiyyah from the inside" abah komen.

"akhirnya, anak anak tak mewarisi tugas dakwah, walaupun ibu bapa lantang dalam dakwah. Sayang, bayangkan ada ramai makcik pakcik seusia abah. Bayangkan pula jika anak masing masing join venture dalam dakwah. Kita dah boleh ke maratib amal yang seterusnya." abah menyambung lagi.

Abah memandang tepat ke arah anak mata saya dan menyambung..

"Abah selalu doakan anak anak abah ini, semuanya tsabat dengan dakwah"

Ameen.

Saya mengerti, abah gerun bila menyaksikan ada antara anak kawan kawannya yang tak menutup aurat, kabur identiti muslimnya. Kekecewaan abah itu dikongsikan dengan saya.

"Akhirnya, anak anak tak mewarisi tugas dakwah, meskipun ibu bapa lantang dalam dakwah"
Mengerikan. Tapi, inilah realiti yang kita hadapi. Kita saksikan banyak contoh contohnya.

Abah juga meninggalkan pesan pada saya,

"luangkanlah cuti kali ini untuk adik adik. Dulu, umi abah didik zana. Sekarang, zana kena lah didik adik adik semua."

Ini bukan kali pertamanya abah (atau umi) memesan.

Sebenarnya, wajah adik adik dah terlebih dahulu menyinggah ingatan, kala tamatnya kertas exam yang terakhir. Saat itu, hati melonjak girang kerana akhirnya saya punyai waktu cuti untuk mendidik. Adik adik sendiri adalah sasaran utama.

Siapa yang lebih hampir yang akan Allah tanya?

Akal ligat berfikir. Kadangkala rasa tak percaya, adik adik dah membesar dan kini mereka mengharungi apa yang saya harungi dulu. Pertempuran jiwa dan pencarian identiti. Dan besar sekali harapan saya agar mereka menempuh penghijrahan ke alam penuh sedar.

Saya akan berusaha mentarbiyyah mereka ke arah itu. Abah, yana sahut cabaran abah!

Dan sekarang ini, saya dapat merasakan satu kepuasan. Bila adik adik pulang dari sekolah, berlari ke dapur dan menyapa.


Saat saat bersama adik adik sangat bermakna.

Walaupun ia bukan tugas mudah kerana kita juga berperangai seperti manusia biasa, bila di rumah. Kita juga ada rasa marah. Kita juga ada rasa nak gaduh dan nak menangkan ego sendiri.

Takpelah, boleh cuba berubah.

(Plus seronok juga duduk di rumah dan tak bekerja. Akhirnya, buku buku yang dibeli dengan harga yang mahal tak lah tersia, puas menghabiskan helaian demi helaian)

Hari demi hari, saya semakin mengerti, kuasa mendidik di tangan seorang akhawat itu penting, untuk membangun generasi du'at yang diharapkan.

Di samping kawan kawan perempuan saya, kami selalu diingatkan tentang hakikatnya wanita sebagai rahsia kebangkitan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

Antara pesanan seorang teman yang solehah;

"Kebangkitan sesebuah umat itu bergantung kepada sejauh mana para wanitanya mampu melahirkan para rijal yg sgt dirindui oleh ummah. Wanita adalah ibu. Dan ibu adalah madrasah pertama dalam mencorakkan pentarbiyahan anak-anak menurut acuan sebenar yang dikehendaki oleh islam."


Ya, sebagai akhawat, keakhawatan itu harus sentiasa dimuhasabah pada diri. Supaya kita mengenal erti keseriusan dalam kafilah dakwah ini.

Waktu waktu cuti ni, saya letak tepi kejap rencana dakwah IPT, tapi hakikatnya saya tak mampu untuk meninggalkannya terus.

Kerana kita dalam era di mana akhawat perlu keluar untuk mendidik masyarakat juga, mereka ada hak sebagai mad'u.

Namun, seiring dengan tugas dakwah, kita bertanggungjawab untuk berusaha menyiapkan diri supaya tak ada lagi baitul muslim yang tempang lantaran anak anak yang tak mewarisi tugas dakwah, malah juga menjadi beban pada ummah.

Banyak yang kita dapat saksikan sebagai contoh. Sebaiknya, kita ambil pengajaran dan lakukan persediaan.

Apa yang harus disediakan?

Persediaan kita adalah kuasa mendidik, Ia adalah senjata fitrah seorang akhawat.

(Ok ok, izyana be real tak semua yang berlaku di dunia, begitu ideal. Ini bukan matematik, 1+1=2. Hasil campur sentiasa konsisten. Mak ayah ada tarbiyah, anak pun, kena lah macam al-fateh ke imam muda asyraf ke fatimah syarha ke.

Ianya tak mudah. Anak anak adalah satu jiwa yang lain.

Tapi, jangan lupa Allah tegahkan diri kita dari api neraka bukan untuk diri kita sahaja. Bahkan, seluruh ahli keluarga kita. Dan, anak anak adalah amanah ibu bapa.)

"Muhasabah diri di depan Allah. Dan persiapkan peribadi kerana Allah" komen seorang akhawat tentang hal ini.

Sejujurnya, saya rasa kecut bila tiba masanya, andainya ada rezeki menjadi seorang ibu.
Di celah kesibukan, semuanya harus berjalan dengan sempurna. Bagaimana?

Semua ini, adalah kuasa mendidik yang mana seorang akhawat itu harus pupuk. It's a weapon yang Allah kurniakan secara fitrah. Dan tugas kita sekarang, mengisi peluru pelurunya.

"Moga kelak kita mampu melahirkan rijal hebat sepert ibnu abbas,usamah bin zaid, aisyah, fatimah, kahnsa' dan lain lain" pesan teman saya.

Akhir kata;

"ibu adalah madrasah para SYUHADA' " -iluvislam

Siapa lagi yang akan merealisasikan sebaris ayat itu, jika bukan kita, akhawat yang ditarbiyyah dan mentarbiyyah?

Saya melazimkan tulisan ini untuk penyedaran diri sendiri, penyegaran diri sendiri, peringatan diri sendiri dan kemudian sebagai perkongsian dengan akhawat dan pembaca yang lain.
Izyana Hariffin
Bilik adik
9.38 pagi
16 Jun 2011

1 comment:

  1. K. RAIHAN---Alhamdulillah, muhasabah terbaik buat akhwat di luar sna. merancang utk BM, itu sgt dituntut nmun merancang utk pengurusan BM dan anak2, itu seharusnya lebih jelas dan tersusun perncangannya. I.Allah moga Allah jadikan kita akhwat yg akan sntiasa membekali jln2 dakwah ini dgn rijal2 yg hebat utk jln ini. I.Allah. Jzakillah ats perkongsian nti ini(",)

    ReplyDelete